• Overview
  • Trip Outline
  • Trip Includes
  • Trip Excludes
  • Booking
  • FAQ

Tren Woosh Jakarta-Bandung adalah sebuah projek kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Jakarta dan Bandung di Indonesia. Ia merupakan kereta api berkelajuan tinggi pertama di Indonesia, dibangunkan untuk mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar ini kepada kira-kira satu jam daripada empat jam perjalanan dengan kereta api konvensional. Projek ini dijangka mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut dan memudahkan pergerakan penduduk serta pelawat antara kedua-dua bandaraya utama di Jawa Barat.

Jakarta - Bandung - Lembang - Kawah Putih

Itineraries

Day 1

KLIA - Jakarta - Bandung (L/D)

Setibanya di Bandar Udara Soekarno-Hatta Jakarta, anda akan berjumpa dan menyapa pemandu pelancong anda. Selepas makan tengah hari, anda akan menuju Stasiun Halim untuk menaiki kereta cepat Whoosh ke Stasiun Padalarang, Bandung. Selepas itu, anda akan melakukan City Tour yang termasuk lawatan ke GEDUNG SATE (untuk singgah dan ambil gambar), yang merupakan lambang Kantor Gubernur Jawa Barat dengan gaya Art Deco. Anda juga akan singgah di GEDUNG ASIA AFRIKA (untuk berhenti sebentar dan ambil gambar), tempat diadakannya Kongres Asia Afrika pertama pada tahun 1956. Selepas makan malam di restoran tempatan, anda akan kembali ke hotel.

Day 2

Lembang Tour (B/L/D)

Sarapan pagi di hotel, kemudian menuju ke Lembang untuk melawat Orchid Forest Cikole, The Lodge Maribaya, Floating Market, dan Farm House untuk makan tengah hari. Kemudian, mengunjungi The Great Asia Africa. Kembali ke Bandung, berbelanja barang kulit di Jalan Cihampelas, makan malam di restoran tempatan atau alternatifnya, dan berbelanja di mal Paris Van Java.

Day 3

Gunung Berapi Kawah Putih (B/L/D)

Sarapan pagi di hotel, hari ini dimulai dengan lawatan ke Kawah Putih, Kawah Rengganis, dan jembatan gantung di Glamping Lake Side di Ciwidey. Setelah itu, kembali ke Bandung untuk berbelanja di Jalan Riau atau outlet di Jalan Dago.

Day 4

Bandung - Jakarta - KLIA (B)

Selepas sarapan pagi di hotel, berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta.

  • Penginapan di hotel berdasarkan kongsi dewasa
  • Pengangkutan standard pelancongan
  • Tiket kereta cepat Jakarta Bandung satu hala
  • Makanan seperti yang dinyatakan dalam program
  • Bayaran masuk ke objek pelancongan
  • Pemandu pelancongan
  • Tip untuk pemandu pelancongan dan pemandu kenderaan
  • Perbelanjaan peribadi seperti telefon dan dobi
  • Minibar dan makanan tambahan
Please wait...

No Details Found